Thursday 3 September 2015

M.Ed

Bismillahirahmanirrahim


3 September 2015

Alhamdulillah, telah selesai taklimat bagi pelajar-pelajar baru calon pascasiswazah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Calon yang terpilih untuk meneruskan pengajian di sini adalah seramai 190+ orang berbanding yang memohon seramai 400+ orang. Daripada kesemua calon 3-4% daripadanya adalah calon PhD. Alhamdulillah aku salah seorang yang terpilih meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan. PhD, insyaAllah akan datang.

Sebenarnya dulu-dulu masa tahun pertama sarjana muda, aku punya semangat belajar tinggi menggunung konon-konon habis degree aku terus nak sambung master. Tapi bila aku dah mula kerja, semangat nak sambung master aku dah semakin berkubur.

Tahun ini tanpa dirancang, Allah jodohkan aku dengan M.Ed. Jodoh belajar la dulu. Jodoh bersuami?? Mohon doakan aku. Ameen.

Pesan Mira. A : Semoga aku bertabahlah nak menghabiskan master dalam tempoh dua tahun ini. 



Saturday 25 April 2015

Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni blog Mira.A Menulis ini dilahirkan. Terima kasih sahabat kerana semasa bersembang dengan awak tadi idea nama blog ini terhasil. Terima kasih awak!!

Sebenarnya sejak menamatkan zaman belajar pada 2011, aku terpanggil untuk menghasilkan satu blog untuk berkongsi perihal perjalanan hidup aku selepas memulakan alam kerjaya. 

Kenapa Mira. A?
Mira. A merupakan nama pena yang aku gunakan sejak di zaman universiti lagi. Tapi telah lama ditinggalkan sehingga aku hampir terlupa. Hari ini nama ini berdiri di platform ini untuk berkongsi apa sahaja luahan hati aku yang optimis sahaja ya. Hehe. 

FLASHBACK.
Dulu, aku pernah aktif menulis blog tahun 2009 hingga 2011 tapi selepas memulakan kerjaya sebagai seorang Jurutera Bangsa, kegiatan menulis menjadi terbatas kerana desakan tugas dan kekangan waktu bermain dengan keyboard.

Satu harapan aku untuk blog ini. Semoga aku kekal rajin menulis dan terus menulis hingga hujung nyawa. Dan semoga penulisan aku memberi manfaat pada yang membaca. 

Pesan Mira. A : 
Biarlah kita tulis yang baik-baik, kata yang baik-baik kerana yang baik-baik inilah yang Allah pandang dalam kehidupan kita di dunia.